Artikel

  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Bagi menghangatkan keintiman hubungan suami isteri, seks adalah satu-satunya jalan penyelesaian. Namun, buat pasangan yang sudah berkahwin pasti sudah banyak cara dan posisi telah dilakukan. Namun, jangan endahkan beberapa posisi seks ini yang sebenarnya boleh memberikan keburukan berbanding kebaikan. Ingin tahu apakah ia? Teruskan membaca. #Untuk bacaan 18 tahun ke atas saja. 

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Perkahwinan itu lebih bahagia jika antara suami dan isteri saling membahagiakan antara satu sama lain. Namun, hubungan intim juga penting dalam menguatkan lagi hubungan yang telah sah termeterai itu. Pastinya semua orang impikan sesi intimasi yang memuaskan serta tidak membosankan. Masing-masing mahukan yang terbaik. Jadi, buat lebih istimewa sesi mesra di kamar, ikuti tip yang kamisediakan bagi dapatkan klimaks berganda.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Memikat hati keluarga mertua bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Ini kerana bukan mudah untuk mereka menerima ahli keluarga baharu walaupun anda memiliki ikatan perkahwinan dengan adik atau abang mereka. Sebaik mungkin anda harus cuba untuk merapatkan hubungan bersama dengan ipar duai. Anda boleh cuba cara ini untuk pikat hati mereka.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga harus tahu bahawa mereka sebenarnya bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya tetapi juga berkahwin dengan seluruh keluarga dan sanak saudara pasangan masing-masing. Oleh itu, ia amat penting jika anda mencari keserasian dan berusaha untuk menambat hati mentua anda supaya hubungan kekeluargaan yang terbina tetap utuh.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Selain warna dan perhiasan terdapat pelbagai cara untuk memastikan perhubungan di kamar beradu kekal seksi agar masa yang diluangkan di sini sentiasa dinikmati antara anda dan pasangan. Kami bariskan beberapa idea yang boleh anda cuba untuk memastikan ia terus hangat memekarkan hubungan yang mencipta bahagia.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Fizikal mengoda sememangnya antara tarikan antara pasangan untuk membuka langkah menjalin perhubungan. Namun bagaimana untuk mengikat dan megekalkan keghairahan agar ia sentiasa mekar di dalam rumah tangga. Teknik bermain deria bau untuk membangkit ghairah antara yang boleh anda cuba di kediaman.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Belum lagi meniti alam perkahwinan, persiapan dan perancangannya sahaja sudah cukup menyesakkan dada.

    Perkahwinan sememangnya sesuatu yang indah dan bersulam bahagia. Namun seperti yang diketahui, perancangan rapi, perbelanjaan berterusan serta debaran menanti saat disatukan itu bercampur baur membikin hati gundah sentiasa.

    EH! berkongsi tip untuk anda mengurangkan stres yang ada.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Ringkas namun berkesan. 10 idea dan tip sebagai panduan buat pasangan suami isteri ini dapat menghangatkan sesi intim kalian.

    Hubungan seks seharusnya menggembirakan kedua belah pihak, yakni suami dan isteri. Namun masing-masing punya peranan memberikan keseronokan pada pasangan, dan oleh sebab tanggungjawab ini ada pasangan berasa terbeban dan bimbang jika tidak berjaya menyempurnakan kemahuan pasangan.

    Jangan stres, dan juga jangan ambil mudah. Go with the flow. Perbaiki prestasi dari semasa ke semasa. Mungkin 10 panduan ini membantu anda dan pasangan.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Terujanya Kamu Bila Dipilih Sebagai Pengapit Di Majlis Perkahwinan BFF…Sehinggalah Dia Bertukar Menjadi Bridezilla Yang Menjengkelkan. Hmm, Apa Perlu Kamu Buat?

    Kalau ikutkan hati, nak saja kamu jerit, “I quit! Cari orang lain!”. Tapi hakikatnya dia BFF kamu dan tidak mungkin kamu akan berkelakuan seperti itu. Cosmo faham, biasalah jika bakal pengantin akan ‘menggila’ di saat-saat akhir menjelang hari perkahwinan mereka. Tapi jika mereka demand pelbagai perkara daripada kamu dan tidak bersikap toleransi, siapa yang boleh tahan, kan?

    Jadi bagaimana kamu mahu berbincang dengannya? Apa yang penting, jangan sesekali mengelak daripada berjumpa BFF kamu melainkan #dutycalls kerana ini tidak akan menyelesaikan masalah. It’s time to deal with your bridezilla BFF!

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    1. Jika ibu kamu membahasakan dirinya sebagai ibu, emak atau mama kepada teman lelaki kamu, bermakna ibu kamu sudah mula selesa dengan kehadirannya. Kalau dah bertahun bersama tapi ibu kamu masih membahasakan dirinya auntie, jadi faham-faham saja lah.

    2. Abang kamu selalu merungut dengan sikap ibumu yang sering masak makanan kegemaran buah hati kamu dan selalu ajaknya datang makan malam di rumah.

    Continue Reading
  • Posted by: bluinc Posted on: 03 Apr, 2018

    Apabila perkahwinan selebriti, sosialit, kerabat diraja, dan sesiapa sahaja yang mempunyai nama dibincangkan, kemewahan perkahwinan mereka sudah pasti menjadi factor utama menarik perhatian ramai. Kalau tidak cincin emas bertatahkan berlian indah nan menawan, mereka menghadiahkan pasangan mereka dengan sebuah rumah agam dan apa sahaja yang anda boleh bayangkan dengan kekayaan mereka.

    Kami senaraikan 5 hadiah paling mahal yang pernah dihadiahkan oleh selebriti kepada pasangan mereka sebagai hadiah meraikan perkahwinan mereka.

    Continue Reading
  • Posted by: causeeffect Posted on: 03 Apr, 2018

    Suasana studio fotografi gempak gempita dengan kesibukan masing-masing. Tuan punya studio bersama krunya sedang menyiapkan sudut fotografi mengikut kehendak editor dan pengarah seni majalah tersohor itu. Latar belakang sekadar putih tetapi efek lampu mesti tepat agar hasilnya tampak cantik di skrin komputer. Belakang tabir pula editor fesyen dan pembantunya sedang menyusun pakaian berjenama Chanel. Aksesori mewah pula didatangkan khas pegawai serantau dan pengawal peribadi mereka. Sepatu tersusun dari hujung meja ke hujung meja. Meja solek pula tersusun dengan alat solek Nars. Jurumekap sedang siap sedia mahu menjalankan tugasnya. Hanya menantikan tuan punya badan datang. Sayangnya jam 11 masih belum sampai. Temu janji sepatutnya sejam lalu. Tak mengapalah. Kita berkehendakkan dia kenalah tunggu. Bukan senang mendapatkan tarikh lapang Datin Laura. Orangnya cantik, tinggi lampai, hidung mancung, bibir penuh, mata bundar dan rambut lebat segar. Kira Datin Laura menjadi penanda aras kecantikan yang diingini setiap wanita.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Setiap majlis perkahwinan tidak sah kalau tiada ‘bridesmaid’ disisi. Tugas ‘bridesmaid’ atau lebih dikenali sebagai dayang pengantin kebiasaanya membantu memastikan pengantin sentiasa nampak cantik dan segala urusan yang melibatkan pengantin sepanjang majlis berlansung turut dibantu oleh ‘bridesmaid’

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian wajah yang menyerlah. Ketahui tip yang anda boleh amalkan untuk keserian wajah pada hari bahagia anda nanti.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Solekan ialah antara yang paling dinanti-nantikan oleh kaum wanita tatkala di hari perkahwinannya. Solekan akan menaikkan seri ratu sehari anda. Benar, ini kerana pada 10 tahun akan datang, hanya potret indah yang menjadi kenangan. Dan pastinya, anda mahu ia menjadi momen terindah buat anda.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Pada hari perkahwinanlah, wajah anda akan dirakam dengan indah tanpa henti. Pastinya anda tidak mahu merosakkan potret perkahwinan anda dengan solekan yang ‘tidak kena’ itu. Berikut ialah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh Ratu Sehari tanpa disedarinya.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Hari bersejarah anda dan pasangan hanya sekali seumur hidup. Untuk itu, pastikan anda tampil sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki. Bagi ratu sehari, tumpuan pastinya pada solekan yang menghiasi seraut wajah manis itu.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Majlis perkahwinan memerlukan anda menghabiskan duit yang banyak untuk memastikan segalanya teratur dalam perancangan. Paling penting anda selaku pengantin menjadi orang terpenting untuk tampil cantik. Bayangkan setiap langkah anda menjadi perhatian ditambah lagi pancaran terus lampu tepat mengenai anda dan pasangan. Jadi, amat mustahak untuk anda memastikan busana yang disarung menaikkan seri penampilan.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Memiliki kulit yang berseri dan bebas cela menjadi idaman semua bakal Ratu Sehari. Sebaik sahaja tarikh perkahwinan diumumkan, bakal pengantin terutamanya perempuan sibuk membuat persiapan.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 20 Mar, 2018

    Ramai yang menganggap apabila tibanya hari perkahwinan , wajah dan solekan akan menjadi tumpuan. Jangan begitu ya. Anda harus menitikberatkan juga penjagaan rambut.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Bosan dengan tema serba putih atau krim susu untuk busana pengantin anda? Apa kata tampil lebih kreatif dengan busana pelbagai warna yang boleh dijadikan dress atau gaun pengantin. Di sini, Jelita himpunkan beberapa idea dress pelbagai warna yang mungkin boleh anda tiru. Hasilnya sudah tentu lebih menyerlah berbanding gaun biasa. Jadi untuk meraih pujian rakan-rakan terdekat mengenai dress pengantin anda, warna-warna seperti merah hati, merah, merah jambu lembut antara palet warna yang sesuai dijadikan gaun. Jangan lupa tona kulit anda haruslah tidak lari dengan warna yang dipilih!

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Selain daripada warna yang menghiasi wajah anda, amat penting untuk bakal pengantin menitikberatkan penjagaan wajah. Kulit wajah haruslah bersih dan bebas cela. Untuk itu, anda disarankan untuk mementingkan penjagaan kulit wajah agar kondisi wajah anda bersedia untuk ditatarias nanti.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Setiap wanita inginkan hari perkahwinan yang sempurna dan indah. Perkara yang paling diidamkan wanita pada hari bahagianya ialah gaun perkahwinan yang sempurna. Namun, seringkali bakal pengantin membuat kesilapan saat membeli gaun pengantin. Jelita senaraikan kesilapan yang sering dilakukan oleh bakal pengantin ketika memilih gaun pengantin.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Perkara penting dalam merancang hari bahagia ialah mencari busana pengantin yang sempurna. Ini kerana busana ini hanya akan digayakan sekali sahaja seumur hidup. Busana pengantin sangat istimewa kerana ia direka khas buat pengantin dan ia tidak boleh ditiru atau diciplak.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Cinta terpatri dengan sebuah perkahwinan. Tarikh sudah ditetapkan. Bagaiman pula dengan persiapan? Sebut pasal persiapaan, dalam kepala terfikir busana apa yang mahu dipakai nanti? Tapi sebelum itu, fabrik apa yang mahu digunakan? Fabrik juga mempengaruhi kecantikkan sesebuah busana perkahwinan anda. Disini, Jelita membantu ada menyenaraikan beberapa fabrik yang palis laris dalam pembuatan dress perkhawinan.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Pasaran fesyen pengantin kini semakin rancak dengan adanya rekaan-rekaan terbaru daripada pereka fesyen tanah air. Lebih menarik apabila orang- orang seni yang berbakat dalam pembuatan pakaian pengantin ini mula menghasilkan busana perkahwinan dengan warna-warna yang memberi mood romantis pada pengantin.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Sebut pasal kahwin, semuanya kena nampak cantik dan sempurna. Setiap persiapan diteliti berkali-kali bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Dari segi busana pula, pakaian memang memainkan peranan paling utama. Kalau si lelaki segak bergaya dengan padanan sut yang lengkap bersama bow tie, si pengantin perempuan pula cukup anggun dengan busana gaun serba putih bersama veil. Bagi yang agak cerewet mengenai veil, sememangnya memerlukan masa yang lama untuk memilih. Jelita singkatkan masa anda dengan menyenaraikan beberapa jenis potongan veil yang anda boleh cuba!

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Wanita dan kain renda sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sebut sahaja fabrik renda, pelbagai jenis nama dan fabrik renda boleh didapati di gedung menjual kain. Kalau mahu ingat semua, sudah tentu tidak boleh menghafal semuanya namun Jelita senaraikan beberapa renda yang masih popular dipakai sempena majlis perkahwinan sehingga ke hari ini.

    Continue Reading
  • Posted by: Fourdy India Posted on: 19 Mar, 2018

    Sebut pasal perkahwinan, pasti kita membayangkan busana paling gah yang anda pernah pakai dan ia haruslah memberi keselesaan maksima pada si pengantin. Pelbagai jenis renda dan butiran dihimpunkan dalam satu busana dan kadangkala membuatkan persalinan anda menjadi berat dan sarat. Untuk anda yang lebih sukakan busana bersifat bersahaja atau minimalis, apa pilihan yang anda ada? Mari lihat beberapa jenis busana ringkas dari pereka fesyen luar dan dalam negara yang boleh anda ceduk untuk perkahwinan anda.

    Continue Reading