4 Jenis Renda Busana Kahwin Paling Popular

Wanita dan kain renda sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sebut sahaja fabrik renda, pelbagai jenis nama dan fabrik renda boleh didapati di gedung menjual kain. Kalau mahu ingat semua, sudah tentu tidak boleh menghafal semuanya namun Jelita senaraikan beberapa renda yang masih popular dipakai sempena majlis perkahwinan sehingga ke hari ini.

Renda ‘Chantilly’

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi renda jenis ini kerana ia adalah renda di carta paling tinggi digunakan oleh pengantin dan mendapat permintaan tinggi dari pencinta-pencinta renda. Fabriknya sangat ringan dan jahitannya juga sangat halus. Jika diamati, renda sebegini juga mempunyai kualiti yang murah. Berhati-hati memilih kerana renda ini membolehkan anda nampak gah dan ada juga yang menampakkan anda tidak berseri. Kesemuanya bergantung kepada tahap kualiti renda ini.

Renda Berkait / ‘Knit’

Meskipun renda berkait ini jarang dilihat namun siapa sangka, ianya masih relevan dan popular dipakai sewaktu hari persandingan. Renda yang lembut, benang yang dijahit pula agak tebal dan membuatkan baju lebih bersifat fleksibel serta memudahkan anda melakukkan pergerakkan tanpa batasan. Sekiranya ia mengikut ukuran badan yang tepat, ia boleh menyerlahkan bentuk badan anda!

Renda ‘Alencon’

Namanya diambil bersempena negara asalnya iaitu Alencon yang terletak di Perancis. Kebanyakkan renda jenis ini mempunyai corak bunga-bungaan dibawah fabrik berjaring yang menghasilkan efek yang menawan sekiranya dipakai. Renda sebegini juga kebiasaanya dipakai mengikut bentuk badan seakan melekat pada badan. Sudah tentu cantik!

Renda ‘Guipure’

Ia juga dikenali sebagai renda ‘Venetian’. Renda sebegini sifatnnya lebih kasar dan berat. Namun ia tidak memerlukan kain jaring dibawahnya. Coraknya lebih jelas dan kebiasaanya sulamannya dijahit bersama kain tanpa corak.