5 Gaun Pengantin Selebriti Tempatan

Perkara penting dalam merancang hari bahagia ialah mencari busana pengantin yang sempurna. Ini kerana busana ini hanya akan digayakan sekali sahaja seumur hidup. Busana pengantin sangat istimewa kerana ia direka khas buat pengantin dan ia tidak boleh ditiru atau diciplak.

Jelita senaraikan lima gaun selebriti terbaik yang boleh dijadikan sebagai ilham buat anda yang bakal mendirikan rumah tangga.

Anzalna

Gaun ini diilhamkan dari Barbie Mariposa dan telah menjadi perhatian orang ramai sehingga kini gaun ini masih viral di sosial media. Gaun pengantin ini diilhamkan oleh Teuku Putra Aziz dan dikatakan gaun ini sangat susah untuk dihasilkan kerana Putra perlu mencari pelukis untuk melukis sayap Barbie Mariposa untuk dijahit pada gaun tersebut. Gaun seberat 20 kilogram ini dihiasi lagi dengan taburan batu swarozski pada kain sepanjang 12 meter.

Amyra Rosli

Gaun Amyra Rosli ini direka oleh pereka terkenal, Rizman Ruzaini dan gaun ini mengambil konsep seperti puteri raja berwarna coklat berkilauan dengan taburan dari permata swarovski dan french lace. Gaun Amyra Rosli ini turut mendapat perhatian dari netizen dan sering dibandingkan dengan gaun Anzalna.

Nina Ismail Sabri

Istimewa gaun pengantin Nina Ismail Sabri adalah gaun pengantinnnya itu direka khas oleh suaminya sendiri iaitu pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Gaun ini menggabungkan idea dari Nina dan Jovian sendiri. Gaun ini direka ala fairytale selain menggambarkan peribadi pengantin itu sendiri.

Yana Samsudin

Gaun ini direka khas oleh pereka kegemaran Yana Samsudin sendiri iaitu Zery Zamry. Gaun perkahwinan ini lengkap berlayah panjang yang meleret dan Yana kelihatan seperti puteri kayangan pada hari persandingannya itu.

Diana Danielle

Gaun berona putih ini menyerlahkan lagi keanggunan Diana Danielle. Gaun yang direka khas oleh MimpiKita itu memperlihatkan Diana seolah-olah seperti seorang puteri raja yang sedang menanti putera rajanya, Farid Kamil