5 Kesilapan Yang Wanita Lakukan Apabila Membeli Gaun Pengantin

Setiap wanita inginkan hari perkahwinan yang sempurna dan indah. Perkara yang paling diidamkan wanita pada hari bahagianya ialah gaun perkahwinan yang sempurna. Namun, seringkali bakal pengantin membuat kesilapan saat membeli gaun pengantin. Jelita senaraikan kesilapan yang sering dilakukan oleh bakal pengantin ketika memilih gaun pengantin.

Sering Terpengaruh Dengan Trend Gaun Terkini

Jangan terlalu terpengaruh dengan trend gaun terkini sehingga anda hilang gaya anda sendiri. Tidak semua gaun yang mengikuti trend terkini itu sesuai dengan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah melihat semula almari anda dan cari item kegemaran anda. Jika anda tidak pernah memakai pakaian yang ditaburi manik, mengapa anda perlu memakainya untuk hari perkahwinan anda? Gaun yang terbaik untuk anda adalah gaun yang dapat menyerlahkan stail peribadi anda. Jangan kerana anda terlalu ingin mengikut trend sehingga anda sanggup kelihatan seperti badut pada hari perkahwinan anda.

Terlalu Ramai Pendapat Ketika Mencuba Gaun Pengantin

Saat anda melalui hari bahagia, pasti anda ingin berkongsi dengan keluarga dan teman-teman anda jadi seringkali anda membawa semua keluarga dan rakan-rakan ketika anda ingin mencuba gaun pengantin. Lagi ramai yang anda bawa, lagi banyak pendapat yang anda akan terima. Ini bukan tentang mereka. Ini tentang hari bahagia anda. Tidak salah untuk menerima pendapat dari orang lain tetapi ingat, di hujungnya nanti keputusan di tangan anda. Anda yang akan memakai gaun itu jadi anda hanya perlu bawa keluarga rapat dan juga teman yang anda betul-betul kisah akan pendapatnya.

Salah Orang, Salah Pilihan

Tiada peraturan mengatakan yang anda perlu membawa ibu anda saat anda ingin mencuba gaun pengantin. Jika ibu anda seorang yang menyokong keputusan anda maka tidak salah untuk membawanya bersama. Namun, jika ibu anda seorang yang suka mempertikaikan gaya pemakaian anda maka adalah lebih baik anda tinggalkannya di rumah. Anda perlukan persekitaran yang positif ketika memilih gaun pengantin.

Terpengaruh Dengan Desakan Jurujual

Jurujual tidak tahu citarasa anda. Mereka bekerja untuk mendapatkan komisyen. Kadang-kala hal itu menjadikan anda lebih tertekan tatkala memilih gaun pengantin. Jikalau ini berlaku, perkara penting yang anda perlu lakukan ialah rileks dan ingatkan diri anda bahawa ini adalah hari anda. Anda yang perlu membuat keputusan itu. Jangan biarkan jurujual yang anda baru jumpa mempengaruhi anda.

Sering Ubah Fikiran

Jangan sesekali beri peluang pada diri anda untuk ragu-ragu akan keputusan anda. Jika anda sudah memilih gaun pengantin, jangan sesekali melangkah masuk ke butik yang lain.