6 Tip Kekal Cantik Buat Ratu Sehari

Selain daripada warna yang menghiasi wajah anda, amat penting untuk bakal pengantin menitikberatkan penjagaan wajah. Kulit wajah haruslah bersih dan bebas cela. Untuk itu, anda disarankan untuk mementingkan penjagaan kulit wajah agar kondisi wajah anda bersedia untuk ditatarias nanti.

Anda boleh cuba ini:

  • Disiplin dengan rutin penjagaan wajah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Jangan lupa dengan tiga langkah wajib, iaitu membersih, menyegar dan melembap
  • Jika rangkaian pembersih wajah yang anda gunakan sekarang sudah serasi, jangan sesekali tukar rangkaian produk baru sebelum majlis anda. Ini kerana dikhuatiri ia tidak serasi dan meninggalkan kesan negatif pada wajah anda kelak.
  • Pastikan jurusolek anda tahu tentang masalah kulit anda supaya mereka boleh menggunakan produk tambahan jika perlu untuk membantu mencapai aplikasi terbaik.
  • Jika anda berpeluh atau menangis, elakkan menggosok dengan kuat mata anda. Maskara, penggaris mata dan juga pembayang mata akan menjadi comot. Untuk atasinya, anda hanya ambil tisu dan letakkan dengan lembut pada kawasan mata tersebut.
  • Jika wajah anda berpeluh pada siang hari dan ketika majlis, gunakan tisu serap minyak pada kawasan Zon T anda. Dan selepas itu, barulah anda touch up dengan bedak polos atau loose powder. Bedak polos lebih sesuai kerana teksturnya yang lembut dan ringan.
  • Bagi mengelakkan bibir anda kering dan merekah, anda disarankan menyapukan pelembap bibir terlebih dahulu. Dan lebih elok, jika anda menggunakan lipstik jenis matte untuk kesan yang lebih lama. Namun, gunakan lipstik yang mempunyai kandungan Vitamin E bagi mengekalkan kelembapan sepanjang hari.