Apa Perlu Buat Bila BFF Kamu Bertukar Menjadi ‘Bridezilla’?

Terujanya Kamu Bila Dipilih Sebagai Pengapit Di Majlis Perkahwinan BFF…Sehinggalah Dia Bertukar Menjadi Bridezilla Yang Menjengkelkan. Hmm, Apa Perlu Kamu Buat?

Kalau ikutkan hati, nak saja kamu jerit, “I quit! Cari orang lain!”. Tapi hakikatnya dia BFF kamu dan tidak mungkin kamu akan berkelakuan seperti itu. Cosmo faham, biasalah jika bakal pengantin akan ‘menggila’ di saat-saat akhir menjelang hari perkahwinan mereka. Tapi jika mereka demand pelbagai perkara daripada kamu dan tidak bersikap toleransi, siapa yang boleh tahan, kan?

Jadi bagaimana kamu mahu berbincang dengannya? Apa yang penting, jangan sesekali mengelak daripada berjumpa BFF kamu melainkan #dutycalls kerana ini tidak akan menyelesaikan masalah. It’s time to deal with your bridezilla BFF! 

 

1) Kekal tenang

Apa jua yang kamu lakukan, jangan uruskannya dengan nada suara negatif atau bersikap sama seperti BFF kamu kerana ia hanya akan merumitkan keadaan. Sebaliknya, beri sedikit kelonggaran untuk lihat sama ada dia sedang melalui fasa di mana semuanya nampak serba tak kena dan mula bersikap menghukum. Jika dia semakin konsisten dengan sikapnya yang kasar dan biadab atau tidak pedulikan perasaan orang lain, tiba masa untuk kamu duduk dengannya dan have that heart to heart conversation. Ajak dia pergi minum ataupun brunch date dan katakan sesuatu seperti, “I faham you nak majlis sempurna dan kami juga mahukan perkara sama untuk you. Tapi sejak kebelakangan ni you biarkan stress mengawal emosi and get the best of you. Ada apa-apa yang boleh I bantu?”.

 

2) Elak tegurnya secara terbuka

This is a big no! Biar dia jadi bridezilla, jangan pula kamu jadi godzilla! Tidak kira jika di depan vendor perkahwinan atau teman-teman lain, jangan sesekali malukannya dengan mengatakan dia the ultimate bridezilla atau bertekak secara terbuka. Dan jangan pula kamu cari mangsa dan jadikan orang lain sebagai alasan perbalahan kamu seperti, “Janie dan Sarah pun dah tak nak jadi bridesmaids you!” Jika semua orang setuju, kamu boleh berbincang dengan pengapit yang lain tapi jangan sesekali gunakan perkara itu dan lepaskannya pada si pengantin. Ia akan buatkan dia terasa seperti semua orang tidak menyokongnya dan bercakap di belakangnya walaupun pada hakikatnya, memang itulah yang berlaku. Always be the better person.

 

3) Tunggu sehingga dia bertenang

Berbincang ketika dia sedang stress atau mengamuk tak tentu hala tidak akan berikan apa-apa faedah kepada kamu mahupun dia. Jika kamu tetapi memilih untuk berdepan dengan sikapnya yang sedang baran, sebaiknya katakan ini, “I akan berikan you masa untuk bertenang. I tidak mahu katakan sesuatu yang I akan sesali kemudian hari, tapi I juga tak boleh hanya duduk dan dengar segala kemarahan you.” Cuba bersikap tenang dan tegas tanpa membenarkannya menjerit kepada kamu ataupun memanggil kamu dengan panggilan nama. Biar dia tahu bahawa kamu sayangkannya dan kamu mahu membantunya, but there have to be some common courtesy boundaries.

 

4) Bantunya singkirkan stress

Dalam erti kata lain, tanya bagaimana kamu boleh bantu kurangkan beban perancangan yang dia hadapi. Setiap pengantin alami pelbagai kekecewaan yang berbeza sepanjang proses perancangan tersebut. Jadi tawarkan diri untuk bawanya ke dress fitting, menulis kad jemputan atau layan sanak saudara yang mula menjengkelkannya. Cadangkan idea untuk sertai kelas yoga atau rawatan spa bagi menghilangkan stress, bukan saja untuk dirinya tapi untuk kamu berdua. Ini boleh berikan kalian masa untuk lebih relaks serta memahami situasi yang sedang dihadapi.

 

5) Lindungi kewarasanmu sendiri

Dia menggila, kamu menggila, semuanya pasti jadi tunggang-langgang! Desperate times call for desperate measures. Jika semuanya gagal dan BFF kamu masih tidak dapat dikawal, kamu mungkin perlu lakukan sesuatu yang lebih drastik seperti back out atau kurangkan waktu bersamanya. Dia akan faham dan sedar apabila tiada siapa mahu menjawab panggilan telefon daripadanya. Tapi ingat, hanya lakukan ini jika kamu sudah buntu dan tidak ada jalan lain untuk kawal situasi bridezilla BFF kamu itu, okey!