Bagaimana Mencipta Syurga Cinta di Kamar Beradu

Selain warna dan perhiasan terdapat pelbagai cara untuk memastikan perhubungan di kamar beradu kekal seksi agar masa yang diluangkan di sini sentiasa dinikmati antara anda dan pasangan. Kami bariskan beberapa idea yang boleh anda cuba untuk memastikan ia terus hangat memekarkan hubungan yang mencipta bahagia.

Gaya matang

Kadang kala kita tersekat dalam gaya remaja dengan bermain rona pastel tatkala mendekorasi ruang kamar beradu. Buat sesetengah lelaki, memiliki pasangan yang matang memberikan mereka lebih imaginasi dalam menjalinkan hubungan intim. Serlahkan sisi matang anda selain terjemahan gaya yang sedikit sensual seperti penggunaan lampu yang malap dan lilin haruman.

No work

Jauhkan computer,telefon pintar, tablet dari gapaian di sekitar radius berdekatan katil anda. Secara amnya kita secara automatic akan cuba mencapai gajet tatkla sedang berbaring dan ini akan membantutkan mood anda dan pasangan. Letakkan di satu penjuru dan hanya periksa sesudah usai melakukan hubungan. Boleh juga letakkan di dalam mod senyap seketika.

Sentuhan lembut

Bukan sahaja membelai pasangan anda dengan menggunakan anggota tubuh, kemasan lembut yang dipilih khususnya yang menghiasi di atas katil perlulah yang lembut membelai anda dan pasangan. Pilihan jenis material seperti sutera dan satin selain pilihan kiraan benang yang tinggi menjanjikan kenikmatan saat anda bersama dan beradu di atas katil.

Pantulan seksi

Cermin merupakan idea bijak yang tidak hanya mencipta ilusi luas pada ruang, ia turut menjadi refleksi sensasi sangat anda menjalin hubungan. Letakkan pada kedudukan startegik sememangnya memaparkan posis dan liuk tubuh seksi untuk anda menggoda pasangan. Gunakan peluang ini untuk membangkit ghairah bersama.

Suram total

Bilik yang kedap cahaya mampu memberi pilihan waktu untuk bersama tidak mengira masa. Kadang kala dalam hubungan sesudah berumah tangga kita perlu bijak mencuri masa di sambil menguruskan urusan seharian. Untuk itu dengan hanya menarik langsir untuk menghalang cahaya, anda bagaikan mencipta malam sendiri untuk bersama pasangan.