Berseri Di Hari Bahagia Dengan Rambut Sihat

Ramai yang menganggap apabila tibanya hari perkahwinan , wajah dan solekan akan menjadi tumpuan. Jangan begitu ya. Anda harus menitikberatkan juga penjagaan rambut.

  • Rambut yang sihat dan hitam bersinar akan melengkapkan riasan wajah yang sudah manis berseri itu. Berikut ialah tip mudah penjagaan rambut yang anda boleh amalkan sebelum menjelangnya hari bahagia anda.
  • Menggunakan syampu dan perapi 3 hari sekali. Ini bertujuan untuk kekalkan kelembapan rambut serta mengelakkan daripada bau busuk peluh melekat di rambut.
  • Pemilihan syampu adalah penting agar sesuai dengan jenis rambut anda. Pilihlah yang mengandungi bahan seperti pati santan atau limau purut untuk kesegaran kulit kepala dan kelembapan folikel rambut.
  • Elak melakukan teknik meluruskan rambut sendiri tanpa pengetahuan yang betul untuk melakukannya. Ini kerana, rambut anda akan menjadi lebih kering dan rapuh akibat pemanasan yang melampau apabila rambut ‘dipaksa’ menjadi lurus.
  • Rambut yang sihat dan cantik akan dimiliki sekiranya anda mengambil berat tentang pemotongan hujung rambut yang bercabang setiap 2 bulan sekali.
  • Hindari teknik melurus rambut, kerinting dan sebagainya dalam tempoh yang terdekat di antara 3 bulan, keana ia akan merosakkan rambut anda. Teknik ini juga akan menjadikan rambut anda lebih kering dan kusam.
  • Seminggu sekali, pakaikan masker pada rambut anda untuk membina sel- sel kulit baru agar lebih sihat dan subur.

Makan Ini Untuk Rambut Cantik

Kacang

Kekacang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dengan Omega 3 dan zink. Ini menjadikan rambut lebih bersinar dan melebatkan rambut anda.

Lobak

Lobak merah dan putih mempunyai khasiat yang tersendiri dan bagus untuk rambut. Lobak juga membantu menguatkan akar rambut dan mengawal keguguran rambut.