Cantik Secara Alami Untuk Bakal Ratu Sehari

Memiliki kulit yang berseri dan bebas cela menjadi idaman semua bakal Ratu Sehari. Sebaik sahaja tarikh perkahwinan diumumkan, bakal pengantin terutamanya perempuan sibuk membuat persiapan.

Sudah tentu persiapan berkenaan mencantikkan diri dan wajah menjadi keutamaan. Ada yang akan mengunjungi spa kecantikan untuk melakukan pelbagai rawatan. Namun, ada juga yang tidak sempat melakukan rawatan di pusat kecantikan kerana kesuntukan waktu ataupun bajet yang tidak mengizinkan.

Jelita senaraikan beberapa cara alami yang anda boleh lakukan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di dapur anda sahaja untuk merawat wajah dan menaikkan seri.

MENAIKKAN SERI WAJAH

  • Hiris nipis pisang, betik dan anggur dan hancurkan seperti masker.
  • Sapukan pada wajah. Biarkan selamam 20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

KULIT MULUS DAN LEMBUT

  • Gunakan minyak / pati avokado untuk dijadikan sebagai minyak urutan pada badan. Sesuai digunakan pada waktu malam sebelum anda tidur.
  • Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai untuk membuang kutikel pada kuku agar lebih lembut dan lembap.

KEMBALIKAN KELEMBAPAN KULIT

  • Madu terkenal dengan fungsi kelembapannya pada wajah. Sapukan madu pada wajah selama 10 minit untuk mengembalikan kelembapan wajah.
  • Bilas dengan air suam dan lap lembut wajah dengan tuala.

RAWAT KAKI YANG LETIH

  • Letakkan susu hangat di dalam sebuah mangkuk dan tambahkan dengan air suam.
  • Masukkan sedikit garam dan kacau dengan mesra dan rata.
  • Rendamkan kaki anda selama 30 minit dan bilas dengan air sejuk.
  • Garam berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati manakala, susu bertindak melembutkan kulit anda.