Cara pikat Hati Ipar Duai Dengan Mudah

Memikat hati keluarga mertua bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Ini kerana bukan mudah untuk mereka menerima ahli keluarga baharu walaupun anda memiliki ikatan perkahwinan dengan adik atau abang mereka. Sebaik mungkin anda harus cuba untuk merapatkan hubungan bersama dengan ipar duai. Anda boleh cuba cara ini untuk pikat hati mereka.

Kenal Pasti Hobi Atau Minat

Cuba tanyakan pada suami atau isteri anda perihal mengenai ipar. Tanyakan tentang hobi atau minat mereka agar setiap kali berjumpa, anda dapat berkongsi topik tentang hobi tersebut bersama mereka. Lebih lagi jika anda memiliki minat yang sama dengan mereka.

Luangkan Masa Bersama

Sesekali tidak salah jika keluar bersama ipar anda. Bawa dia ke tempat yang disukainya atau luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang digemarinya bersama.

Alu-Alukan Kedatangannya

Setiap kali ada perjumpaan di rumah keluarga, alu-alukan kehadiran ipar duai agar mereka selesa dan tidak kekok untuk bertandang ke rumah anda. Layan dan ajak mereka berbual bersama.

Anggap Seperti Adik Sendiri

Sebaik sahaja anda memiliki ikatan perkahwinan dengan pasangan anda maka keluarganya akan menjadi keluarga anda. Oleh itu, bagaimana anda melayan adik beradik anda dengan mesra, begitu jugalah anda perlu melayan ipar duai.

Jadi Teman

Jika anda lebih tua daripada ipar anda, cuba untuk menjadi teman mereka bercerita. Anda kena sentiasa bersedia untuk menjadi tempat mereka mengadu.

Ambil Berat

Setiap kali ulang tahun hari lahir atau perkahwinan, tidak salah jika anda berikan ucapan selamat sebagai tanda ingatan atau memberikan mereka hadiah. Pasti mereka akan lebih menghargai anda.

Sering Berkomunikasi

Berkomunikasi dengan ipar bukan hanya berlaku ketika berkunjung ke rumah mertua. Sebaliknya, ia harus dilakukan setiap masa. Walaupun ipar anda mungkin tampak garang pada luaran, jangan jadikan ia penghalang untuk anda terus berbual dan mengenali ipar dengan lebih rapat.