Hadiah Perkahwinan Termahal Di Dunia Oleh Selebriti

Apabila perkahwinan selebriti, sosialit, kerabat diraja, dan sesiapa sahaja yang mempunyai nama dibincangkan, kemewahan perkahwinan mereka sudah pasti menjadi factor utama menarik perhatian ramai. Kalau tidak cincin emas bertatahkan berlian indah nan menawan, mereka menghadiahkan pasangan mereka dengan sebuah rumah agam dana pa sahaja yang anda boleh bayangkan dengan kekayaan mereka.

Kami senaraikan 5 hadiah paling mahal yang pernah dihadiahkan oleh selebriti kepada pasangan mereka sebagai hadiah meraikan perkahwinan mereka.

 

Putera Williams & Kate Middleton (Set Haruman Clive Christian)

Set haruman Clive Christian dirujuk sebagai haruman temahal dunia oleh Guiness Book of Records. Clive Christian merupakan seorang pereka perabot dari British yang dikategorikan sebagai pereka kelas A. Dia membeli sebuah syarikat haruman terkenal era Victoria yang mana haruman itu merupakan haruman kesukaan Ratu Victoria. Haruman tersebut bernilai $2,350 untuk 1 aun dan hadir di dalam kotak dengan 24-karat emas dan 5-karat berlian. Ketika dua kerabat diraja ini melangsungkan perkahwinan, Christian mempersembahkan kepada mereka edisi perfume miliknya.

Brad Pitt & Angelina Jolie (Jam Tangan Bernilai $3 juta)

Pasangan merpati dua sejoli ini turut tidak ketinggalan dalam menghadiahkan hadiah mewah kepada pasangan. Jolie telah membelikan mesin taip Ernest Hemingway kepada Brad. Pada awalnya, Jolie mahukan mesin taip rekaan Tennessee William namun pengumpul dan pesuruhjaya polis L.A, Steve Soboroff tida mahu menjual mesin itu. Kemudian, Jolie mendepositkan cek bernilai $11,ooo USD dan memilih Hemmingway. Jolie meminta pesuruhjaya polis tersebut menerima cek berkenaan tetapi Steve memulangkan semula cek tersebut kepada Jolie. Jolie turut menghadiahkan Brad sebentuk jam platinum Patek Phillippe yang bernilai $3juta USD.

George Clooney dan Amal Alamuddin (Rumah Agam di England bernilai $5 juta)

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di Venice. Sejurus selepas perkahwinan pasangan ini, khabar angin berterbangan menyatakan yang pasangan ini berbulan madu di sebuah pulau eksklusif. Kemudian, tersebar pula berita Clooney membeli sebuah rumah di Sonning, perkampungan berdekatan Sungai Thames di Berkshire. Rumah agam itu dianggarkan bernilai $5 juta USD.

Tom Cruise dan Katie Holmes (Jet Peribadi Gulfsman bernilai $14 juta-$20 juta USD)

Tom menghadiahkan cincin pertunangan bernilai $275,000 kepada Holmes dan selepas itu, Tom turut menghadiahkan sebuah jet peribadi  dengan anggaran bernilai $14 juta hingga $20 juta USD. Namun setelah pasangan ini bercerai, tiada informasi lanjut mengenai jet tersebut.

Putera Mahkota Abu Dhabi (Stadium Perkahwinan bernilai $22 juta USD)

Ketika Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan mengahwini Puteri Salama pada tahun 1981, bapanya, pemerintah Dubai bersetuju untuk menghasilkan lokasi perkahwinan anaknya itu. Namun lokasi itu tidak seperti yang dibayangkan. Lokasi perkahwinan itu adalah di sebuah stadium kustom yang mempunyai 20,00 kerusi. Perkahwinan kerabat diraja ini juga menelan belanja sebanyak $100,000,000. Perkahwinan ini juga turut tersenarai di dalam senarai Forbes ‘Billionaire Weddings.’