Mahukan Kepastian Adakah Cinta Kamu Direstui Ibu? Ini 10 Petandanya!

1. Jika ibu kamu membahasakan dirinya sebagai ibu, emak atau mama kepada teman lelaki kamu, bermakna ibu kamu sudah mula selesa dengan kehadirannya. Kalau dah bertahun bersama tapi ibu kamu masih membahasakan dirinya auntie, jadi faham-faham saja lah.

2. Abang kamu selalu merungut dengan sikap ibumu yang sering masak makanan kegemaran buah hati kamu dan selalu ajaknya datang makan malam di rumah.

3. Ibu kamu selalu ceritakan kelamahan dirimu seperti, “Anak makcik ni bukannya pandai masak sangat. Harap ada lelaki yang sudi buat bini.” Itu sebenarnya ibu kamu mahu mendengar jawapan daripada mulut teman lelaki kamu adakah dia sudah bersedia menerima kelemahan kamu?

4. Ibu kamu meluahkan perasaan lega apabila mendapat tahu kamu bersama si dia sehingga lewat malam. Ibu kamu percaya yang si dia tidak akan melakukan perkara tidak senonoh kepada kamu, sebaliknya akan melindungi kamu.

5. Ibu kamu dan ibunya sering berkirim salam melalui kalian walaupun tak pernah bersua muka.

6. Nama dia sering jadi topik perbualan antara ibumu dengan makcik-makcikmu. Tentunya berkenaan kehebatan kerjaya dan budi bahasa si dia.

7. Ia mungkin ‘terlebih’ bagimu, tapi ibumu dah mula beli barangan persiapan perkahwinan kamu sebagai persediaan jika keluarganya datang meminang kamu esok lusa.

8. Bila ibumu perlukan pertolongan, teman lelakimu orang pertama yang si dia hubungi. Si dia pula dengan besar hati membantumu. Sampaikan ibu kamu kurang bergantung kepada adik-beradik lelaki kamu macam dulu

9. Ibu kamu lebih percayakan cerita yang disampaikan si dia berbanding ceritamu.

10. Bila ibumu dapat hidu sesuatu yang tak kena dalam hubungan kalian, dia terus hubungi teman lelakimu dan tolong pujuk bagi pihak kamu.