Panduan Memilih Jurusolek Untuk Perkahwinan

Solekan ialah antara yang paling dinanti-nantikan oleh kaum wanita tatkala di hari perkahwinannya. Solekan akan menaikkan seri ratu sehari anda. Benar, ini kerana pada 10 tahun akan datang, hanya potret indah yang menjadi kenangan. Dan pastinya, anda mahu ia menjadi momen terindah buat anda.

Berikut ialah beberapa tip yang harus anda lakukan semasa di dalam proses persediaan memilih jurusolek di hari perkahwinan anda.

Meneliti portfolio jurusolek

Sebelum anda memilih jurusolek, pastikan anda meneliti dahulu portfolionya. Ini penting untuk anda mengetahui sejauh manakah kemampuannya untuk merias wajah di hari perkahwinan anda. Pastikan anda memilih jurusolek yang telah berpengalaman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

Tempahan awal

Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusoleka yang anda inginkan. Pun begitu, senaraikan terlebih dahulu senarai jurusolek yang bertepatan dengan bajet dan tema perkahwinan anda.

Mencuba solekan / pre- wedding makeup

Anda seharusnya mencuba jurusolek yang anda telah pilih untuk merias wajah anda 1 bulan lebih awal. Ini penting agar tema atau ciri-ciri solekan yang anda inginkan boleh dilakukan olehnya.

Sentiasa berbincang

Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek untuk merias anda. Hasilnya, kedua belah pihak akan berpuas hati dan gembira.