Petua Naikkan Seri Wajah Bakal Ratu Sehari

Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian wajah yang menyerlah. Ketahui tip yang anda boleh amalkan untuk keserian wajah pada hari bahagia anda nanti.

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini adalah dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil pada wajah, seterusnya menaikkan seri. Anda boleh amalkan ini 30 hari sebelum hari perkahwinan anda.

Kata orang, petua ini amat bagus. Jika anda amalkan ,wajah anda akan kekal berseri. Anda digalakkan untuk mandi dengan pelbagai jenis bunga. Caranya, letakkan bunga -bunga pilihan anda di dalam satu besen air. Siramkan air bersama bunga itu tadi pada badan dan wajah. Badan bukan sahaja wangi, malah wajah cantik berseri.

Timun mempunyai pelbagai khasiat.Hiriskan timun dengan ketebalan sederhana, dan tekapkan pada mata anda selama 30 minit. Selepas itu, basuh dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan kesan lebam bawah mata dan juga merawat mata yang kusam akibat keletihan dan tidak cukup tidur.

Lobak kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut dan menaikkan seri wajah. Ia juga melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

Wajah yang kering dan kusam menunjukkan wajah kelihatan lebih tua . Amalkan basuh wajah anda menggunakan air kelapa tua, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Cubalah!