Teknik Rangsangan Bau Membangkit Sensual

Fizikal mengoda sememangnya antara tarikan antara pasangan untuk membuka langkah menjalin perhubungan. Namun bagaimana untuk mengikat dan megekalkan keghairahan agar ia sentiasa mekar di dalam rumah tangga. Teknik bermain deria bau untuk membangkit ghairah antara yang boleh anda cuba di kediaman.

Lilin haruman

Apungan aroma mewah dan sensual dari seleksi lilin Diptyque membawakan ajnas rasa berbeza mengikut kesesuaian cita rasa anda. Bauan yang disediakan dibahagikan kepada lima kategori asas yakni buah-buahan, flora, rempah ratus, kayuan & herba yang berunsurkan bahan semulajadi. Anda boleh menggabungkan buan berbeza untuk ruang berbeza. Khusus untuk ruang intim aroma seperti bungaan ros membangkit suasana romantik.

Pelembut fabrik

Fabrik merupakan bahan utama dalam dekorasi kediaman juga buat kehidupan seharian. Semestinya menngunakan pelembut fabrik yang bersesuaian meninggalkan impak secara amnya pada ambiens ruang kediaman. Pilihan yang tepat membangkitkan rasa damai mahupun seksi mengikut kesesuaian. Untuk itu, pilih bauan berasakan kayu cendana (sandalwood) untuk membangkit elegan di kamar beradu.

Diffuser

Jika anda mempunyai jadual yang sibuk, penggunaan diffuser merupakan idea praktikal untuk memastikan ruang sentiasa berbau segar dan selesa didiami. Gantikan aroma yang ingin digunakan membangkit rasa sensual. Diffuser hadir dalam pelbagai cara antaranya pengguna buluh yang meresap minyak haruma lalu disebarkan keudara. Pilihan adalah diffuser automatic yang menggunakan elektrik lebih memudahkan penjagaan dan penyenggalaraan.

Minyak essential

Antara cara meningkatkan intimasi adalah dengan urutan menggunakan minyak essential yang memiliki aroma tertentu. Selain membangkit melalui aroma ia lebih istimewa bila disatukan dengan sentuhan. Pilih aroma minyak nilam (patchouli ) yang dipercayai membangkitkan afrodisiak antara pasangan.

Haruman penyembur

Semburkan aroma yang anda gemari beberapa minit sebelum memasuki ruang kamar beradu. Ini menjadikan ruang lebih menarik dan menyahkan bau-bau yang tidak dingini khususnya pada hari yang memenatkan anda tatkla di kerja. Bau seperti Ylan Ylang mampu merehatkan tubuh anda untuk bersama yang tersayang juga mendaatkan tidur yang sempurna.