Tip memilih pakaian untuk ‘Bridesmaid’

Setiap majlis perkahwinan tidak sah kalau tiada ‘bridesmaid’ disisi. Tugas ‘bridesmaid’ atau lebih dikenali sebagai dayang pengantin kebiasaanya membantu memastikan pengantin sentiasa nampak cantik dan segala urusan yang melibatkan pengantin sepanjang majlis berlansung turut dibantu oleh ‘bridesmaid’

Namun bukan pengantin sahaja yang mahu tampak anggun. Persalinan ‘bridesmaid’ juga harus cantik agar dapat menceriakan pelamin pengantin. Kebiasaanya pakaian mereka sedondon sesama sendiri. Sesetengah pengantin tidak meletakkan garis panduan untuk membuat fesyen dan potongan bagaimana yang dimahukan. Tapi ada juga yang perlu mengikut citarasa pengantin yang mahukan kesemua nampak sedondon termasuklah potongan dan jahitan yang dimahukan.

Jadi untuk bakal pengantin, apakah tip dan panduan dalam memilih pakaian untuk mereka? adakah perlu memilih warna terang dan berani atau warna-warna lembut agar tidak ‘tenggelamkan’ seri pengantin? Apakah faktor yang perlu dilihat disini? Mari ikuti panduan asas ini.

Komunikasi

Samada warna baju terang atau pastel, perkara ini perlulah mendapat kata persetujuan dari pihak pengantin dan ‘bridesmaid’. Meskipun ianya melibatkan majlis pengantin, namun tidak salah mendengar nasihat dan cadangan teman-teman rapat anda. Siapa tahu, cadangan mereka lagi bernas?

Peraturan warna dan jenis baju

Siapa kata ‘bridessmaid’ hanya perlu memakai warna-warna lembut sahaja? Menjadi ‘bridesmaid’ juga tidak semestinya perlu memakai persalinan seperti baju kurung. Kesemuanya bergantung kepada tahap kreativiti anda dan ‘bridesmaid’. Kaftan juga menarik untuk ‘bridesmaid’!

Jangan tekan bajet untuk sediakan baju ‘bridesmaid’

Ini adalah perkara yang sering dialami si pengantin. Sudahlah majlis perkahwinan menelan kos yang tinggi, baju ‘bridesmaid’ pula dimasukkan dalam bajet kahwin anda. Ini adalah salah. Sekiranya anda kurang berkemampuan seeloknnya cuba berbincang dahulu dengan mereka dan jelaskan situasi anda. Siapa tahu salah seorang dari mereka mahu menaja keseluruhan perbelanjaan untuk baju ‘bridesmaid’?