Fesyen

Designer Bridal Room

Designer Bridal Room

Pengasas Designer Bridal Room menemui nyalarasa dan keghairahan dalam bidang ini menerusi minatnya dalam mengumpul apa jua perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. DBR dizahirkan pada tahun 2008. Sebagai perintis dalam butik perkahwinan mewah di Malaysia, DBR menawarkan koleksi adi busana perkahwinan daripada jenama yang menjadi idaman ramai. Daripada koleksi mewah dan sofistikated hingga ke rangkaian gaun perkahwinan chic dengan harga berpatutan.

Visit the website  

Alia Bastamam Bridal

Alia Bastamam

Sebagai salah seorang pereka go-to dalam dunia bridal, Alia Bastamam bukanlah satu nama yang asing lagi buat mereka yang inginkan hari istimewa mereka menerima sentuhan wanita bervisi moden ini. Menggabungkan nilai dan elemen tradisional dengan jiwa moden dan segar, Alia Bastama is the designer for you jika anda inginkan sesuatu yang lain tetapi masih konervatif.

Visit the website  

Justin Yap

Justin Yap

Seorang pereka berbakat, Justin Yap menawarkan rekaan moden dan chic buat bakal pengantin yang mengidamkan look persis Greek Goddess. Dress beralun, dress dengan lipatan dramatic, apa sahaja yang anda idamkan, Justin Yap is the man.

Visit the website  

Nurita Harith

Justin Yap

Drama, avant garde, dan kelas adalah antara perkara yang diakaitkan dengan rekaan Nurita Harith. Setiap rekaannya menggamit perasaan pemakai dengan jiwa si pemakai diterapkan secara langusng ke dalam setiap rekaan khas oleh pereka ini.

Visit the website  

Fiziwoo

Fiziwoo

Satu lagi nama yang sering menjadi tumpuan ramai acap kali membincangkan gaun perkahwinan adalah Fiziwoo. Rekaan bold dan daring sering mengiringi jiwa halus setiap ceraian Fiziwoo yang juga terkenal dengan perincian dan siluet moden untuk wanita-wanita yang mengikut arus perdedaran masa kini.

Visit the website  

Jovian Mandagie

Jovian Mandagie

Menghembus nafas adi busana dalam setiap rekaannya, ceraian Jovian Mandagie pastinya mempunyai tarikannya yang unik dan tersendiri buat pengantin yang inginkan perhatian sepenuhnya kepda diri mereka pada hari istimewa ini.

Visit the website  

Celeste Thoi

Celeste Thoi

Antara nama besar dalam dunia gaun perkahwinan, Celeste Thoi is a force to be reckon with. Dengan rekaan minimal dan elegan, pengantin yang mengenakan rekaan Celeste Thoi pasti akan menyerlah.

Visit the website  

Keith Kee

Keith Kee

Membawakan sesuatu yang baru dan berbeza daripada gaun perkahwinan putih tradisional, Keith Kee memberikan flare dan zest kepada gaun perkahwinan anda. For those daring bridesI, dapatkan khidmat Keith Kee untuk merealisasikan impian gaun idaman anda.

Visit the website  

Melinda Looi Ivory

Melinda Looi Ivory

Menawarkan pelbagai jenis elemen dalam setiap rekaannya, Melinda Looi Ivory memastikan setiap satu ceraian mempunyai cerita indah mereka tersendiri.

Visit the website  

Rizalman

Rizalman

Rekaan Rizalman menawarkan gabungan sesuatu yang baru dan juga sesuatu yang tradisional. Penuh elegan dan aura kemewahan, setiap ceraian Rizalman pastinya akan membuatkan perkahwinan anda as a memorable one.

Visit the website  

Rizman Ruzaini

Antara pereka gaun perkahwinan tempatan yang diraikan, rekaan Rizman Ruzaini sering menjadi topik perbualan ramai tatkala klien selebriti mereka mengenakan busana rekaan khas yang menepati intipati personaliti mereka. Mewah, moden, dan classy adalah cara terbaik menerangkan visi Rizman Ruzaini.

Visit the website  

 

Lynda Rahim

Dinobatkan sebagai pakar dalam rekaan busana perkahwinan, Datin Lynda Rahim menunjukkan yang dia memahami apa yang didambakan oleh pengantin perempuan untuk hari istimewa mereka. Melalui kehalusan dan perincian menawan rekaannya, Datin Lynda Rahim merealisasikan visi busana pengantin modennya dengan penuh berwibawa dan glamor.

Visit the website