Lokasi

Gita Bayu, Seri Kembangan Kuala Lumpur

Gita Bayu, Seri Kembangan Kuala Lumpur

Kebun Mimpi yang berkeluasan lebih kurang 10 ekar taman tropika di tepian tasik, kawasan majestik ini sesuai untuk anda menganjurkan pelbagai jenis majlis. Deck terapung yang terletak di bahagian tepi tasik menjadikan ia satu lokasi yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan romantis.

Visit the website  

Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Padang rumput yang terbentang hijau dengan angin bertiup nyaman di kawasan lapang Cyberview Resort & Spa Cyberjaya ini pasti mampu merealisasikan impian majlis yang penuh romantis dalam taman seperti yang anda idamkan. Resort ini turut menyediakan pakej lengkap untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan.

Visit the website  

Passion Road, Kuala Lumpur

Passion Road, Kuala Lumpur

Siapa kata jantung Kuala Lumpur tidak punya kawasan yang penuh kehijauan yang membolehkan anda melangsungkan majlis perkahwinan dalam taman. Passion Road dipenuhi dengan pohon-pohon menghijau, suasananya lagi nyaman sesuai untuk diadakan majlis meraikan ikatan cinta. Lokasinya strategik, satu kelebihan untuk lokasi ini.

Visit the website  

Enderong Resort Tanarimba, Janda Baik

Enderong Resort Tanarimba, Janda Baik

Dewan serba guna di Enderong Resort yang terletak di Tanarimba Janda Baik dibina juga satu pilihan baik. Ia boleh memuatkan sehingga 80 ke 100 orang pada satu masa. Panel kaca dan 3 sisi pintu di dewan ini menjadikan cahaya matahari menyinari ruangan dewan ini pada waktu siang menghadap pemandangan indah hutan tropika yang mengelilinginya. Hutan hijau di tapak Enderong Resort ini dipenuhi dengan pokok pain yang mampu menghidupkan suasana majlis kahwin ala filem Twilight.

Visit the website  

Sangkot Garden

Sangkot Garden

Biarpun terletak 20km dari Kuala Lumpur, lokasi terbaik untuk acara perkahwinan ini mampu menjanjikan kepuasan maksimum buat bakal pengantin yang dambakan suasana dalam taman. Lokasi ini kian menjadi pilihan pasangan pengantin yang sukakan alam semula jadi. Ia menawarkan dua set berbeza, perkahwinan dalam taman sepenuhnya atau di sebuah vila yang mana kedua-duanya mempunyai panorama cantik serta cahaya semula jadi. Pasti rakaman gambar hari perkahwinan anda lebih cantik dengan simbahan cahaya natural.

Visit the website  

A-Park

A-Park

Terletak sedikit tersorok di Kampung Pulau Meranti, Puchong, A-Park merupakan sebuah kawasan taman bertasik dan lengkap dengan binaan cottage putih ala Inggeris serta Lake House untuk kemudahan majlis perkahwinan. Taman dan tapak khemah di sini mempunyai suasana yang cukup indah. Selain dari majlis perkahwinan, ia juga sesuai untuk acara-acara korporat seperti majlis makan malam.

Visit the website  

Glasshouse at Seputeh

Glasshouse at Seputeh

Merupakan sebuah ruang majlis yang dibina berunsurkan urban. Meskipun terletak di tengah kota Kuala Lumpur, Glasshouse terletak di persekitaran yang dikelilingi alam hijau Seputeh. Dengan binaan dinding serta berbumbung serba kaca, ia membuatkan suasana majlis hari bahagia anda lebih indah dengan kehijauan rimbun di sekitarnya. Ia boleh memuatkan 400 tempat duduk dalam satu masa.

Visit the website  

K’Seena House

Kā€™Seena House

Berlokasi di Kuang, Selangor, K’Seena merupakan sebuah rumah warisan lalu yang berusia 100 tahun dengan ruang serta kawasan luas berukuran 24,000 kaki persegi untuk mengadakan majlis rasmi seperti perkahwinan, acara formal, atau bengkel. Rumah tersebut mempunyai sebuah kamar tidur dan sebuah bilik tetamu dengan bilik mandi serta dapur terbuka di bahagian belakang rumah itu, memberikan atmosfera cukup menyegarkan.

Visit the website  

Puncak Rimba, Bentong Pahang

Puncak Rimba, Bentong Pahang

Terletak di tengah hutan hijau Janda Baik, estet Puncak Rimba dikatakan seakan berlian di tengah alam semesta. Dibina di tanah berkeluasan 12 ekar, Puncak Rimba mempunyai beberapa buah villa yang dikelilingi hutan serta dusun. Dengan keindahan semula jadi di situ, nyata ia membuatkan latar belakang pelamin impian ramai cukup indah dengan pakej pemandangan di sana yang sungguh memukau. Lihat sahaja pada majlis pernikahan penyanyi tersohor negara, Yuna dan Adam yang berlangsung di situ, seakan dalam kayangan.

Visit the website  

 

Suffolk House Restaurant, Penang

Suffolk House Restaurant, Penang

Suffolk House merupakan contoh terbaik untuk rumah taman Anglo-Indian dan hanya satu-satunya rumah agam Georgian yang masih utuh. Ia pada asalnya dibina pada awal tahun 1800-an. Ia kini menjadi pusat tarikan pelancong ke Pulau Pinang. Tidak hanya boleh dilawati, malah Suffolk House turut menyediakan high-tea atau makan malam di restoran antik ini. Dengan suasana yang indah, ia sesuai untuk dijadikan lokasi perkahwinan, makan malam istimewa atau juga business meetings.

Visit the website